Taraf hidup Lun_Bawang

Sistem pendidikan agak lewat sampai antara suku kaum Lun Bawang, dan sehingga kini belum ada pembinaan sekolah menengah di kawasan Long Pasia atau Ba'kelalan. Mereka juga kurang mengisi peluang-peluang pekerjaan di syarikat-syarikat besar. Namun begitu, atas usaha yang berterusan, ramai antara mereka berjaya menjadi golongan ahli profesional. Setakat ini ada lebih daripada 20 orang peguam dan 10 orang bergelar doktor daripada suku bangsa Lun Bawang pada 2012 serta lebih kurang 100 orang Lundayeh di Sabah menerima pendidikan dan ada lebih kurang 233 orang Lun Bawang di Sarawak menerima pendidikan.